Tuesday, December 13, 2011

Meloya..Angin ...adakah????

Assalamualaikum...

Hi..lama xon9 sbb maxis kena block.Itulah xbyr kan?Bulan ni byk yg sangkut
bnyak benda nk guna duit.sampai bil byk yg tertunggak.Kesian ye pengantin ni.Hehehhe..Sudah 2mnggu wekend jln2 tgk xbeli apa.Adoii kadang2 kelakar juga tp xpe.think positif.hidup ni ibarat roda.naik & turun. =)

Ok nk cerita sikit.Dah seminggu Liza xberapa sihat.Makan je.angin tersumbat & susah nk sedawa.Macam angin sangkut la dlm badan.Kadang2 mcm nak muntah tp xkeluar apae.air liur je.Bila duduk or drive comfom xselesa.Then bila bangun or berdiri terus sendawa.

ADAKAH ini simpton2 nk mengandung???Liza xsure mula2 nk beli tester pregnant tapi mcm malas plk.Liza kata kat hubby tunggu ujung bulan kalau period xdtg baru kita test.Tapi makin hari sama je.Liza risau la kalau ada penyakit lain plak,Kwn2 semua ckp Liza mengandung.



Memang Liza n hubby nak menimang cahaya mata secepat mungkin.Umur dah meningkat.hehhehee..Liza risau sgt kalau mengharap nnti xdpt.kan dah sedih.
Macam malam td,Liza attend green meting.setiap bulan Liza kn attend.Captain 1st time nampak Liza dgn pkai scarf.Dia terus ckp Liza pregnant ke?sbb bdn Liza nmpak lain.AISHHHHHH harap2 masin la mulut captain.

Simpton2 mengandung :-

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut


Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat


Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.



OK setakat ni yg loya tu je.ada,,so xkukuh lagi kot.Ptg ni nk beli test la sbb dah penat berteka teki..wish me luck =)

12 comments:

Liyana said...

amin, smg ade rezeki :)

mcm sy dulu x rase pape pun, just terasa breast bengkak, then period delay 2 weeks, hehe

~ NANA ~ said...

semoga ada berita baik...hihi

yup cek bila period x dtg la...kalau cek awl2 takot blur mcm syima hari tu...hehe

amal salleh said...

doa y terbaik :)

Hunny Kitty said...

buat esk pagi2 la lalink.....heheheheehe....

kalo tak berapa nak sure rujuk sini pun ok pregnology.com

lepas tu jgn melasak....in case la ye

Syima Syaz said...

liza, i pun mcm tu la... badan rasa penuh dgn angin.asyik sendawa, kentut2 toksah cerita la...

u tunggu period dulu... then u buat test

Ajwedding said...

liyana: test negatif lor..sedih seketika..adoii xpelah..tp tu la nk muntah still ada

nana: mmg tgh blur ni..period mggu dpn.tp asyik loya2 nk muntah..test negatif..wawawa.. =p

cheqmoomoo: xde rezeki lg la dear..=(

hunny: dah buat test dear..tp sedey..msh confius sbb knp loya2 angin..takut plk benda lain & nk slhkan test boleh?hahhahhahaa

shima:tu la dear xsbr nk join ur club...tp tu la test negatif..bdn stilll sama je..hormon ni memain je..kita dh la excited.hahhaa

Nurul Aein said...

Sama la kitee...ni x dpt tdoww..kul 2 pg boleyh bgun muntah plak...adOiii..angin, loya x payah ckp la...huhuu..pape pown kne tguu period dlu...sy doakn yg terbaik utk awak n sy...hehe...wish me luck k :)

Nurul Aein said...

Sama la kitee...ni x dpt tdoww..kul 2 pg boleyh bgun muntah plak...adOiii..angin, loya x payah ckp la...huhuu..pape pown kne tguu period dlu...sy doakn yg terbaik utk awak n sy...hehe...wish me luck k :)

Unknown said...

saya pun dua hari muntah2 loya ,makan tak lalu ,cek pregncy test negatif tapi period dh lewat 10 hari..adakah saya mengandung?sapa pena alami?

Unknown said...

Sye dah 2 hri period tp skit x pnuh pad pon,darah ceklat2 perot plak jd sebu..ade sape2 pnah alami x?

Nora said...

Saya period tak teratur .. Malam je mesti akan muntah & demam mcm mna ya ?? Kalau period pun 4hri pling lma .. Sbelum ni ok je .. Tpi dh 2bulan period hanya 4hri .. Adakah saya mengandung ???

Anonymous said...

bape hoodie outlet
air jordan
jordan outlet
hermes
kd 15
kyrie shoes
kyrie 9
kyrie irving shoes
adidas yeezy
supreme

Save the Date


* Merisik : 13/9/2010
* Engagement: Maybe No
* Solemization: 21Oct2011
* HerReception:22Oct2011
* HisReception:23Oct2011