Tuesday, December 27, 2011

menyesal?sudah terlambat.

Holla.

Gatal nk update lg padahal seluruh bdn dh lemau,otak dh mcm nk cair,jantung berdegup kencang.ini semua gara2 liza yg xsedar diri.hah ambekkkkkk ko.nk menyesal xguna.semuanya dh terlmbat n xboleh patah balik semua.kecuali la ada doraemon guna mesin masa.kenapa?kenapa?nk citer segan,tp klu nyer liza terrrrrr lupa diri seketika,so kembali la ke zmn kegelapan.hahahaha.sengal x ayat?mcm ni.liza dah teroverrrrrr budget.bonus ada dapat liza nk langsaikan hutang,then boleh duit liza abis sekelip mata.magic x?xsampai seminggu dh jd mcm dulu.hutang ttp xlangsai.wawawa.padan muka.hubby xtahu ni.so mls bgtau.bila buat calculate,comfomla pening dh dtg.pikir pikir apa yg aku dh buat n nk tggu gaji next month.be4 dpt bonus dah listed apa yg buat tp hanya 2/10 je berjaya dilakukan.tp percayakah anda duit itu mengalir dgn selaju2nya.ibarat air sungai pahang deras ke sg semantan.nak nangis xguna.so padan muka ko yer puan aliza johan.padan muka padan muka.ko boros!insaf seketika.pening2.moral of the story.pikir dahulu sebelum buat jgn ikutkan nafsu ya.esp to puan aliza johan!


Published with Blogger-droid v2.0.1

5 days yg sgt scary.



Hooolllaaaaaa.

Welcome back,comfom semua tuesday blues rite?for me,xblues2 sejak ahad lepas.cristmas day.liza kn keje waktu  ph.tp xlm from 645-1045.4 hours only..setiap kali off day (ahad) or public holiday mmg 4 jam je kerja tp liza boleh claim 1 day RL for exec.

Knp scary?sbb semua dlm office cuti utk field deprtment.dlm ofice mmg xramai ada 7 staff shj yg lain semua operations.masing2 celebrate crismas n holiday.liza yg plg kecik aka muda (perasan) knla standby.

2 staff admin mmg kn habiskan cuti yg exec lain holiday.adoooi liza takut sbb anything semua liza kn cover.bos liza cuti.dia antara big name kt club ni.kalau ada  problems or members complaint confirm liza yg kn jwb.manala tau raja or kerabat2 nk dtg main golf.comform sport departmnt kelam kabut,liza yg kn incharge.sll ni semua bos liza yg handle.lagi satu kalau green n landscape prob.satu hal gak nk jwb.liza br 7 bulan kt club ni so xde la masak lg dgn hal2 club.kadang2 members aka org2 kaya ni suka mengada2.semua nk complaint.kat msia club royal selangor ni antr club yg ada nm.so phm2 la.


For admin,nk jwb call pun satu hal.kdg2 lantakla sbb liza kn jaga padang.lagi.nk jg purchasing lg.kdg2 hbs operator kn mrh ngn liza.hihihi.tp liza mrh sopan2.hopefully semuanya ok la.yg penting padang/ course cantik.sbb bila bos balik biar bos happy.yg sakit sikitla sbb skrg cuaca xmenentu then rumput mmg tgh problem.pening juga nk apply mcm2 chemical.dahla program kt sini banyak.kn guna iq juga tu nk bg rumput green segar.


Ok nk keluar bfast aka lunch,daaa.perut tgh menyanyi lg kpop.hihihi


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 23, 2011

loya sbb lain?

Hiiiii


Come back.dh nk magrib baru nk update.tggu hubby balik.mlm ni nk blk phg.k be4 ni liza punya test preggy negatif kan.then,mlm smlm liza period.so liza sedih bukan sbb xpreggy tp sedih knp liza sll loya n nm muntah.


Hairan la.dah 2 mggu mcm ni.takut ada skit lain.skrg mcm2 penyakit.zaman moden ni kan penuh dgn bhn2 kimia.so agak terdedah dgn mcm2 penyakit.faktor pemakanan pun boleh jadi.


Liza juga sll sakit kt buah pinggang n pangkal paha.aduhhh cuak nya.then sll nk kencing.pening liza bila byk nye mslh.liza search juga la knp jd mcm tu.ngkin ada kaitan dgn penyakit buah pggang,bt jarang etc.tp mintak dijauhkan.


So td liza pergi jumpa doc di klinik panel area ampang.dah cerita kt doc semua.tp liza xboleh nk buat urine test sbb liza period.doc jus bg ubt tahan sakit n next wek liza ada checkup lg.after hbs period liza kn buat urine test +doc nk scan perut sampai ke pundi kencing.doc pesan be4 dtg liza xboleh kencing 3/4 jam be4 test.kena tahanla jwbnya.


Risaunye tau.td mkn ibt thn sakit luza rs perut nyilu2.mungkin kesan ubt.doakan liza ye.takut ada penyakit yg bukan2. :(


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 17, 2011

ohhh negatif

PIN PIN Morning darlings...

Nak mengomel kat sini ya.pagi2 sabtu ni.NEGATIF..........itulah keputusan dari UPT (URINE PREGNANT TEST ) Liza buat selasa lepas.Be4 ni kan Liza ada buat entry yg Liza asyik loya2,sbb tu buat test.

Liza beli UPT tu di Watson Kt Tesco Ampang.Balik kerja terus beli walaupun pket dh kering.Masa beli tu nmpak 2 jenis je.RM 6.90 & RM 4.90.Dua shj so no choice.Liza beli yg RM 6.90 sbb packing warna pink.hihihi..

Sampai umah pukul 4.30.Masa tu hujan lebat sgt.Liza xbuat lg test sbb penat.So dalam pukul 6ptg br buat.tup tup NEGATIF..aishhh xde rezeki lagi.Husband balik dgn basah kunyut kena hujan Liza pun bgtahu berita tu.Hubby ckp xpe.xde rezeki lg.Kami ok je =)

Tapi yg peliknya Liza still loya2 n muntah yg xjadi.cuma xla teruk msm dulu.Period mmgu dpn.Kalau Liza xdtg juga Liza nk jumpa doc sbb ttakut ada penyakit lain.Kena la buat rawatan awal.

Ok u alls tq for support n doakan lagi utk Liza ye.chow

Tuesday, December 13, 2011

Meloya..Angin ...adakah????

Assalamualaikum...

Hi..lama xon9 sbb maxis kena block.Itulah xbyr kan?Bulan ni byk yg sangkut
bnyak benda nk guna duit.sampai bil byk yg tertunggak.Kesian ye pengantin ni.Hehehhe..Sudah 2mnggu wekend jln2 tgk xbeli apa.Adoii kadang2 kelakar juga tp xpe.think positif.hidup ni ibarat roda.naik & turun. =)

Ok nk cerita sikit.Dah seminggu Liza xberapa sihat.Makan je.angin tersumbat & susah nk sedawa.Macam angin sangkut la dlm badan.Kadang2 mcm nak muntah tp xkeluar apae.air liur je.Bila duduk or drive comfom xselesa.Then bila bangun or berdiri terus sendawa.

ADAKAH ini simpton2 nk mengandung???Liza xsure mula2 nk beli tester pregnant tapi mcm malas plk.Liza kata kat hubby tunggu ujung bulan kalau period xdtg baru kita test.Tapi makin hari sama je.Liza risau la kalau ada penyakit lain plak,Kwn2 semua ckp Liza mengandung.



Memang Liza n hubby nak menimang cahaya mata secepat mungkin.Umur dah meningkat.hehhehee..Liza risau sgt kalau mengharap nnti xdpt.kan dah sedih.
Macam malam td,Liza attend green meting.setiap bulan Liza kn attend.Captain 1st time nampak Liza dgn pkai scarf.Dia terus ckp Liza pregnant ke?sbb bdn Liza nmpak lain.AISHHHHHH harap2 masin la mulut captain.

Simpton2 mengandung :-

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut


Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat


Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.



OK setakat ni yg loya tu je.ada,,so xkukuh lagi kot.Ptg ni nk beli test la sbb dah penat berteka teki..wish me luck =)

Sunday, December 4, 2011

Semua ttg Hijab part 1

Assalamualaikum semua.

Sunday yg sgt memboringkan.en suami tido,liza plk boring tak tahu nk buat ape.kerja rumah semua dah settle.gagahkn jua nk update blog.yesss ada idea nk membebel kt sini.


Ok semua tahu kan liza baru jer menutup aurat.dah genap seminggu.alhamdulillah.kali ni liza nak share ngn u olls cerita tentang imej baru liza ni.syukur alhamdulillah,my family happy dgn penghijrahan liza ni.almaklumlah,dlm family liza sorang je xpakai tudung,so bila liza ckp nk mula berhijab happy sgtla.my sister laju2 hadiahkan 2 tudung n kerongsang.terharu seketika bila my sister belikan tudung yg sgt cantik.ok off psl family,liza nk cerita psl di tempat kerja plak.


Di tempat kerja liza ni susah nk tgk malay girl.apatah lg department liza ni.lansung liza la satu2 nya malay gurl.ramai yg betul terkejut dgn new image liza ni yela sejak berkahwin kan.semua org nk tahu perkembangan pengantin baru.hihihi.selain dari ucapan alhamdulillah ada gak la yg bertanya soalan2 yg pelik n bergurau kenakan liza.layan je la.antaranya ialah:


1. Ko mmg nak pkai tudung ni.serius ker?(malay guy)


2. Tak panas ke u pakai tudung? ( chinese guy )


3. Liza dah pkai tudung,xboleh la kita nk ckp kotor2 lagi. (indian guy )


4. U dah jadi alim la skrg dh pkai tudung.so i kena la ckp sopan2 dgn u. ( chinene woman)


5. Wahhh,new image.so cute u wearing scaft ( singh women )


6. Alhamdulillah liza dh bertudung.baru la ustazah mcm ni. ( malay guy )


7. Ehhhh i ingat new stafff td.hehehe ( indian guy )


8. Mcmane u tiba2 nak pakai tudung ni ya? ( indian women )


* selain dialog2 di atas ada gak la nk kenakan liza. :-P


1. Ohhh i tahu kenapa u pakai tudung.mesti byk love bite kat leher u kan.maklumlah baru kahwin.comfom penuh leher tu.hihihi


2. Suami liza suruh pkai tudung sbb br  nmpak sopan.lau xpkai tudung mcm gangster.hahaha


Itula br seminggu mcm2.takpe.xkisahla apa org nk ckp itu ini,yg penting perintah Allah Swt tu ialah diwajibkan menutup aurat bg kaum wanita.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Maybank to Ambank

Heloooo peepsss..
What a lovely saturday (dlm hati kena keje)hihihi..
Pagi ni sejuk betul,Liza pkai cardigan la pusing2 padang.Sbb xsuka sejuk =p
Semalam hujan lebat,so byk la kerja yg nk di settle kan bertambah petang
Ni ada Tournoment.

Siapa ada akaun Ambank angkat keyboard. =) Baru2 ni dapat memo, start gaji dec/jan semua melalui Ambank & xlg Maybank.Sebenarnya club ni dr lama menggunakan perkhidmatan Maybank.Walaupun Liza baru 7bulan kerja sini,tp dh expert history club ni.hihi.Mula2 dpt memo tu staf2 operator bising juga sbb dorang susah nak kelurkan duit gaji.Biasalah Union staff mmg banayak songeh sikit.Semuanya nk dibangkang.Tapi xlaku pun sbb decision semua kat tangan President & Captain.

Staff club ni dalam 1++.Xramai pun sbb ramai yg berhenti.Majoriti dept da dikontract.Liza xkisah pun nak guna Ambank sbb tahu CEO ambank tu Tan Sri Azman ayah Mizz Nina tu banyak sponsor kat club ni.Baru2 ni je.Setiap hari dtg main golf,sponsor itu ini,no wonderla club kena la perkhidmatan company dia.Biasalh politik.hihihi

Nsb baik Ambank ada system online so senangla nak byr bil yg bertimbun2 tu kanhihihi
As a conclusion,my wallet dh bertambah satu kad.adoiiii menyemak.issshhh.ok nk cjow.daaaaa

Friday, December 2, 2011

update with tab

Asssalamualaikum.

Cuaca agak mendung comfom hujan kejap lagi.ececeh mcm la aku blk kerja naik moto.mengada2 je lebih.mggu ni mcm2 perasaan ada.almaklumlah mggu pertama start pkai tudung.hihihi.skrg dh byk download kat tab.thank you to dylla

Org sibuk nk guna tab.nak juga.tp byk yg xgodam.yesss dh dowload blog android.so senang cikit.be4 ni boleh tp nk upload gmbr susahhhh.happy.so dlm kete pun boleh update ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 29, 2011

Azam baru 1433-berhijab

Assalamualaikum..

Rindu nk update.kalau ikutkan byk sgt la benda2 nk gosip2 citer..tp tu masa xmnengizinkan.Banyak betul nk buat.inipun curi2 time nak balik.Sekarang Liza demam main game kat tab liza tu.so tu yg jarang la nk meng update..

okies..Baru2 ni awal muharram.Alhamdulillah,sekjap je nk masuk tahun baru ye.Sprt org2 lain juga,liza ada azam.Azam liza ialah nk berhijab.Sebenarnya Liza mmg ms sekolah dulu bertudung.Ms kat uitm on off.After grad dpt kerja.Liza free hair.Mmg dr dulu lg nk berhijab semula lps kahwin.Alhamdulillah kebetulan awal muharram menjelma Liza set date Ahad lps.

Suami Liza pun suka Liza berhijab.sebelum kahwin,dia ada ckp.Tapi Liza xbgtau bila nk mula n hati terbuka.Just ckp insyallah.Masa kahwin dulu,rambut Liza pnjang,so sbb nk berhijab,Liza korbankan rambut alasan msl nk jaga & kalau berhijab lagi la leceh nk itu ini..

Insyallah dgn kerja Liza ni xlah Liza merungut panas ke hapa dgn berhijab.Kalau ikutkan panas api neraka tu lagi la panas yg xterhingga.Liza xpeduli kalau org kata xcntikla apa la..Yng penting dlm hati kita nk menutup aurat.

Masa balik ke KL.Liza pakai tudung & suami cakap...dia suka Liza bertudung & kurang seksa dia di akhirat kelak..tersentap juga bila dia ckp mcm tu.hihihi..Doakan Liza teruskan berhijab ya.. =)


:: 1st day masa awal muharram ::


@ wedding nora


::: 1st day pergi kerja berhijab :::


Friday, November 25, 2011

Heart this wedding card..

Cakkk!!!!!
Muncul lagi yerk..Nak infom Liza br dpt inv dr fb.So
suka tgk card ni..simple tp cantik..

=
=
=
=
=
=

=
=

=



kan?kan?simple sgt..tomeiiii

Cantik,hensem,comell...

Assalamualaikum semua..

Hari jumaat yg indah..sekejap je masa berlalu dh nk masuk bulan 12.
Cuaca boleh tahan agak panas mcm semalam..muka liza dh kilat mcm belakang
kuali dah.Td round2..dgn panas xyh ckplah.

Today,last day or final for SEASAC.Start kelmarin lagi ada tournoment kanak2 ni.Ini tornoment for Sri Garden International school.Untuk sukan golf they all buat di RSGC ni.

Liza sll usha dorang2 ni.sbb semua comel2,hensem.Kebanyakkan nya dr anak2 embassy.So mcm2 la rupa ada.Campur2 xpyh ckplah.Ank melayu xjumpa la plak.hihihi..Liza n kawan liza ni sibuk je tgk anak2 org kaya ni tee off.suka je..dah la comel.Masing2 remaja,tapi aduhaiiiii semuanya complete.
Brand baju dorang pakai xpyh ckplah.Tapi so far semua xsombong.Bila Liza senyum semuanya senyum.Berangan2 sat..nak hantar anak ke sek ni.hihihihi.

Alhamdulillah,padang ok.Bos pun xcomplen.Esok makan besarr yeayyy.Ada staff gathering.Menu?.anataranya lamp chop,salmon,tempura,abalon..mcm2 la..xsbr nk melantak esok.Sebnarnya kwn Liza kawen kt phg,ingta nk cuti tp bos xkasi sbb clash dgn gathering staff.nsb baik bos change time pukul 11.Insyallah sempat la Liza pecut ke temerloh esok...=)


okkk daaa

Wednesday, November 23, 2011

Doa2 org teranayai....bola punya pasal

Hi Lovely?

Dah makan?Dah minum?Ok Liza semua dah..entry kali ni Liza nak share ngn bloggers semua.Liza ada terbaca statement dr fb kawan Liza mengenai ulasan bola.Doa2 org2 teranayai dimakbulkan..ya sgt betul kan?Ini ulasan dr suratkhabr indonesia iaitu kompasiana mengenai kekalahan bola sepak indonesia.Jom baca;-


Tertarik dengan tulisan seorang warga Indonesia, Arif Bawono Surya dalam "Kompasiana".Begini analisis Arif mengenai kekalahan pasukan bola sepak Indonesia: Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu...... ...berkumpul di stadiom yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadiom yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul!"



* Semoga kita menjadi bangsa yang tidak membenci orang lain walaupun orang lain membenci kita'

Tuesday, November 22, 2011

saloon vs bola

Assalamualaikum...
Update sikit.Hari ni mggu ke 2 husband xde pergi outstation.Oleh sbb husband
xde,malas nk balik umah lg.boleh gitu?he3.Selalu time ade husband byk menda nk buat nak masak,nk kemas.so habis kerja 2.45ptg,liza mmg terus balik.

Nasib baik sejak kahwin,kami berpindah ke tmn setapak jaya,so dr office ke
rumah xla jauh dlm 10-15minit.Short cut byk,mana2 je liza redah.Mnggu ni husband pergi ke kuala krai,kelantan.insyallah mlm khamis or pg jumaat dah blk.Agak sunyi juga,tapi nak buat mcmane dah mmg kerja suami mcm tu.setiap bulan ada je kn kerja luar.Yang best kalau husband outstation jumaat dia dah cuti.So mmg lemau la..setiap mggu kerja 4 hari je.

Liza stay office,main internet,mkn kat club.Tu la habit lps kahwin kalau husband xde.pukul 4 baru pandai nk balik umah.Xpe,bos xkisah pun,buka boleh claim ot pun.hahahha..nak gi jalan2 shopping liza malas sbb baju kotor,dgn bau badan lagi,almaklumlah kerja outdoor so xsesuai nk gi shopping complex + xde budget sebenarnya...hihihihi..

Alhamdulillah,mlm tadi semua tgk bola kan?org sibuk tgk bola,Liza sibuk nk merenget2 nk potog rambut.Puaslah husband cari saloon utk isterinya ni,Yg best majoriti saloon kat area setapak & setiawangsa ttp awal,Liza kuar umah pukul 8,semua dh ttp.Nasib baik kami naik motor so senang la nk redah.

Last2 ade saloon yg buka.dkt area imigresen.So ngam2 8.30 Liza gi saloon,husband lepak kt kedai mamak barisan yg sama.Habis masa yg pertmaa tu husband sambung kat umah.Kesian gak dia,nk tgk bola tp liza ni skema sikit.Liza suruh tgk bola ngn kwn2 xmau.Tapi nsb la impian nk gunting rambut tercapai.

Rambut Liza pnjang juga,mmg dh lama nk potong sbb byk gugur,tp nk kwen punya pasal.gagahkan juga,husband pun suka kalau liza rambut pnjng.tapi dh tahap rimas dh,akhirnya tanggal malaysia pungut pingat emas bola..liza potong rambut,Bila pergi office,sapa yg tegur new hair..liza jawab 'malaysia menang,so potongla rambut'.hihihihi..

Nak upload,malu..hahhaha..oklah liza chow dulu.sbb takut plk duk sorang2.semua dh balik,bos pergi club.so xde sape2.takuttttt,hihihi..k adios

Friday, November 18, 2011

Review My Centerpiece -DIY

Assalamualaikum.
Skrg pukul 151pm..lagi 40minit nak balik.Hujan lebat plk..Dah la skit kepala
bukan ada isi ya.he3,masih awal lagi..xsmapi sebulan lagi kawen.Tadi Liza
round2 course hujan la plk.so ape lg sakit la kepala ni.

Masuk opis,tekan pc on9 la.Bos outstation,partner half day gi sembahyang.So raya sakan la Liza meng update kan blog ni.Yahoooo heaven seketika.Actly,dr smlm nk menulis lg tapi buzy,husband balik dr outstion so, kena la mendobi. 2 trip tu Liza kn basuh..( guna mesin basuh pun nk kecoh ) =p

Ok entry kali ni pasal centerpiece...

My centerpiece ni juga salah satu DIY.yakin xyakin liza nk buat tapi jadi
juga.Jom layan bahan2 nya..:

1. Botol Livita or Redbull
2. Kertas aluminium
3. Benang or tali
4. Taq tq
5. Bunga ( reccyle mini pelamin )


Sebenarnya kos ni amat la murah.Botol2 ni semua free.Liza minta tolong kwn2
Liza yg kerja drinkhut tolong kumpulkan.Xsampai sebulan dh dapat 30 botol.
Golfers kan suka minum livita or redbull so senang la kerja Liza xpyh
nak keluarkan duit.

Kertas timah or aluminium ni pun free Liza rembat yg mak Liza.mls betul nk
kuarkan rm5.20..Benang ni pun Liza jumpa dlm kotak.Sebab dulu liza ade buat
craft ms kt uitm so Liza still simpan.Taq tq ni,liza dapat free ms beli
souvenier di Bandung,so ada balance Liza lekatkan di botol..Untuk bunga
ada bunga Liza guna yg pelamin nikah & ada yg baru..Bunga xpyh isi byk2.
Sebab botol tu kecil..So nampak simple tp menarik =)

Mari tgk hasil dr titik peluh Liza yg xseberapa ni ye =)




::: Di atas meja makan :::




Sebenarnya Liza xtahula dayang2 Liza letak berapa atas meja.Liza buat 30botol tapi mcm banyak plak dorang letak.Liza ms hari kejadian xtahu pun,
dapat gmabr barulah tgk.Kalau dorang xletak semua meja ...siap la dayang2ku
ni..(dah abes kenduri pun )..hehheehhehe..

ok...next....jumpa lagi di entry lain okiessss

Tuesday, November 15, 2011

ditinggalkan seketika

assalamualaikum.
update guna tab.to xbest.nk upload picca pun susah.so kali ni entry no picca ya.
hari ni genap 25 days bergelar isteri.mcm dh 25 thn jer.ayat poyossss.
liza bosan ni.1st time en suami pergi outstation saat bergelar suami.
liza tggl sesorang kt umah.en suami ada kerja di ipoh mgkin khms or jumaat balik.
selalunya liza blk kerja terus masak sebelum suami pulang,tp suami outstation,liza mls
nk masak sbb mkn sorang2.liza dh mkn kt club be4 balik umh.sanggup isi
perut sbb mls msk.hihihi.

en suami pergi ipoh naik tren.so pg td be4 pergi ke kl sentral liza msg.mmg ms
belum kahwin pun akan msg bila dh naik tren tp td en suami mcm diam jer.
risau la.boleh en suami lupa,yg dia dh ada bini.sbb tu dia xupdate.hahahahaha.
perasan bujang lg la tu.

lama yer nk tggu jumaat.ms belum kawen,ade housemate n byk kerja kahwen yg
boleh buat.skrg mgadap umh jer la.nk kuar mls.tgk la esok liza hilangkn rs bosan
keluar jumpa kwn2.ngeteh kt mn2.ok dh nk tido.sbb dh xtahu nk bt ape.


daaaaaaa

My Dress Wedding.........

Assalamualaikum....

Ok ni entry yang paling Liza suka...Sebab Liza mmg heart gila kat dress resepsi ni.Masa nak kahwin dulu,Liza mmg susah hati nak pikir baju apa
la yg sesuai dgn body Liza ni.Penat pikir & decision nak pakai dress ni
redha je.Sebab Liza terpikir,mcm xsesuai je pakai dress ni.Lebih2 lagi colour putih/cream...Dress ni Liza sewa sekali baju lelaki,mula2 nak beli je kain macam baju nikah & bertandang tapi macam xberani nak beli kain yg sesuai.Almaklumlah untuk resepsi baju kena la nampak meletupssss sikit..=)

My Details baju resepsi:-

* Colour : Putih/cream vs putih cream + biru turqoise
* Price : rm700 (sewa L & P + acc)
* Vendor : Butik Marlina,Selayang

Baju ni baju baru so memang sangat berbaloi,Pr Butik ni plak mmg sangat bagus.Liza tempah baju ni 1 year be4 kahwin.Tapi design Liza bagi 3 months be4 kahwin.Liza sangat berpuas hati sbb apa yang Liza nak sebijik akak ni buat.Kalau u olls perasan, Magazine Ratu sehari frontpage sama baju Liza pakai tu tapi material lain sikit. Contoh gambar dress tu la Liza bagi kat Kakak Butik & dia tiru hampir 80%.Xkisah la tiru design apa ke janji cantik.betul x?

Dress ni ala2 3D punya bunga.Kain meleret2 penuh dgn bunga & veil pun sama.
Masa first time fitting tu suka sangat sbb suka design tu.Theme wedd Liza ala2 English Garden so mmg sesuai concept dress tu.Penuh dgn bunga2 & simple je.Liza suka simple.So lucky i have this dress for my wedding day.Ini pendapat Liza so suka hati la nak ckp lawooo ke x?Kalau xsuka diam dlm hati..hihihihi..

Untuk Baju lelaki sebenarnya ada samping tapi boleh pulak en suami xjumpa kain samping & tengkolok dlm beg plastik Liza kasi so dia pakai baju mcm katering tu,hi3.Tapi bila tengok ok je..sesuai dgn Liza.Masa mula2 nampak tu,alamak smart yer suami aku.kihkihkih..(sila jgn muntah hokeyy)..Kenduri Liza sabtu tu hujan renyai2,tapi pukul 1 pengantin dah sampai hujan dh berhenti2.so berusaha la Liza mengangkat kain tu,sbb takut kotor.


Cuba tgk gambar magazine ni..sama sikit kan??hehehhe


::::: Veil :::::



P/S: Sesiapa yang berkenan nak sewa baju,boleh la contact Butik Marlina (FB),banyak baju2 pengantin yg sgt cantik. =)

Wedding Shoes 3in1

Hi...
Erkkkk mengantuk yer.Tapi mood nak meng update membuak2 ni.
Sebelum ni punya la pemalas tapi nah hambek ko.ketik ketik tangan Liza ni
menaip,kerja kat luar byk tapi mengadap komputer xabis2..(bos xde)
Itu je.tu yang sibuk berani stay kat opis.Raya seketika melepak di opis.

My wedding shoes ni Liza beli 5 hari before nak kawen.3 IN 1..Liza guna untuk nikah,resepsi & bertandang.Jimat sangat disitu.Mula2 nak beli 3kasut tapi xde budget so bertukar menjadi satu...Liza ingat nak pakai wedges utk wedding sbb xpandai pkai high heels tapi dengan rasa kecewa xjumpa yg berkenan.

Liza beli kasut ni di Parkson Pavillion.Hari isnin tu Liza ada meeting pukul 8malam, so Liza habis kerja 2.45ptg,Liza malas nak balik rumah so Liza jalan2 kat ke Pavi dgn kwn Liza.Liza pergi bahagian kasut dah ternampak kasut silver ni,terus melompat2 nak beli.

My wedding shoes details :

* Colour : Silver bling2
* Size : 39
* Brand : Sembonia
* Price : RM 89.90

See, xsampai pun rm100.So senang hati disitu sbb xover dari budget Liza.Then boleh guna 3 majlis sekaligus.ahaks.Jimat gila Liza punya perbelanjaan.Lepas kahwin pun Liza still boleh guna kasut tersebut.Bukan pergi kerja yer,comform kena baling kasut dgn bos.hihihi..Raya Aidiladha baru2 ni liza mengedik pakai kasut ni ke kampung suami.Time tu hujan..so berlumpur sikit..tapi xpe boleh cuci =)..Love My wedd shoes yang sangat berjasa =)



DIY Veil & Tudung

Holllaaaa..

Entry kena ikut turutan..hihihi..
Untuk Veil pun Liza jahit sendiri,tp dalam kuantiti xbyk.Bila free Liza
Akan jahit la sambil mengadap TV.Seperti baju nikah,mmg hasilnya xla like
pro,so sgt simple jahitan manik veil Liza.Konon2 Liza nak buat ala2 Bunga Roses 3D,tp sbb bakat semulajadi xada,beli kain tapi xjadi nk buat bunga,
Liza beli la roses chiffon yg khas utk bunga telur..

Liza buka & gunting tangkai roses tu Liza selitkan kat tepi Veil.Idea ni boleh diterima pakai x?kuikui..Nak sgt 3D kan?So,ambik ko Liza.Bunga roses tu ada la terselit 10 pcs kat veil..4 kiri & 4 kanan..Yang balance lg 2 Liza letak di belakang veil.

Tudung Liza beli di jln Tar.Tiada corak,kosong.RM30.Baju & veil dh sarat so Liza mmg tak mahu tudung pun crowded dgn itu ini,Di hujung tudung Liza letak manik biru turqoise & pink.Bukan Liza yg buat tapi kwn baik Liza.
Ini salah satu kerja last minit.Petang nk magrib tu baru Liza terhegeh2 nk DIY tudung.Hasil??Sila rujuk gambar ya =)Please comment DIY Liza yg cap ayam ni ya..

:::Ni manik2 yang kawan Liza gam pakai gam tembak :::


::: Roses ala ala 3D :::


:::Close up manik2 (maaf xzoom):::

Baju Nikah.......

Assalamualaikum gojes2 semua..
Monday..Lazy day..(4me only)..baru terlelap 5minit sbb mkn lontong.
Tak senonoh kan?Dalam opis pun boleh melentok kat meja.=p
Nak update sikit..tapi as a draft only esok baru post,
Liza xbawak hard disk,picca semua dalam tu...

Ok 4 ur information..Baju nikah Liza adalah hak milik Liza sendiri..
Liza beli kain lace ni di Bandung, Indonesia bulan April yang lalu..
My Details ttg persalinan Lelaki & Perempuan sprt berikut:-

Persalinan Nikah:-

* Theme : Biru Turqoise + Pink
* Material : sutera thai (L) VS Lace
* Jenis baju : Baju Melayu vs Kurung Moden
* Price : RM 0 (include tailor ) vs Rm 80/meter Lace & RM 5/meter (satin)
* Tailor : RM 380 ( kain baju melayu (4m) + samping + upah sepasang baju
perempuan
* Masa siap : 1 Bulan

Untuk pengetahuan semua,tailor Liza ni orang Bandung.Kebetulan Byzura (blooggers) pernah menggunakan perkhidmatan Ian (Tailor) so, Liza pun contact from Byzura.Harga yg charge amat berpatutan & jahitan sgt kemas.Baju Liza Ian pos dr Bandung ke Malaysia.

Baju Liza actly sgt kosong.So,first time seumur hidup Liza menjahit manik
Untuk baju nikah ni.Agak kelakar la.Nak hantar upah manik/beading xmampu
so Liza pun memberanikan untuk mencuba jahit manik.Agak kucar kacir & serabut tapi xpelah..Cost untuk manik baju ni sgt murah sbb Liza jahit sikit je , xsampai rm20.Tak habis pun manik yg Liza beli.

Time to layan hasil jahitan manik Liza..Sila scroll down..hihihihi...Next entry DIY Veil & Tudung..................

:::: Me & Husband :::



::: My baju nikah :::

Sunday, November 13, 2011

My Welcome Signage

Holllaaaa..
Sempat 1 lg entry be4 balik..
Kat rumah xboleh update.Liza xde lappy.lappy kn curik.Pakai tab susah nk
dowload guna hard disk..

Wlcome signage sgt simple.Liza create sendiri.Buat kt opis jer..Xguna Adobe tp guna software Picnic.com...sgt simple hokey..janji cantik..( sila komen kalau xcanti )

Liza guna stand kakak Liza punya.Dia rembat kt opis dia.So,Cost hanya untuk printing sahaja..

Details:- Colour ikut theme

Welcome Signage
* Software : Picnic.com
* Size print : a3
* Price : RM 4
* Design : Ikut mood ...hehhehhehehhehe ( DIY )

Hasilnya...taraaaaaaaaaaaaaaa......



::: Softcopy :::



::: Backgroud ::: google shj



Last minit sebenarnya nk buat welcome signage..nasib sempat..ok x kwn2?

Perihal Mas Kahwin, Barang Kemas

Morning...
Ada beberapa minit lagi Liza nk laju2 update.
Kejap lagi comfoRm my staff mengacau nak itu ini..
Ok..terus kepada entry baru..

Mas kahwin : RM22.50 ( Pahang )
Duit Hantaran : RM 10,000
Pemberian lain : Sebentuk cincin & seutas gelang emas

Sebenarnya,suamiku sgt untung dapat aku sbb aku xsuka & xpandai guna
barang kemas.hahhahaha..sengal kan?masa kami beli tu Liza main pilih je
& simple sgt.Harga?murah sgt,Kitrg beli bulan April 2011..kahwin Oct 2011.
Nasib baik kamu beli awl sbb time raya tu emas melambung naik.Liza beli masa rm145/gram.

Kebetulan masa tu jalan2 di JJ then ternampak Habib Jewel buat promote.So nak tgk je tp terbeli.Total cincin n gelang emas rm1250.Liza pilih yg xbesar,comel & ringan.Ikut kemampuan suami.Tapi suami dah ckp,lps kahwin dia nak belikan lagi emas yg lg ok sbb emas ni berguna time susah.bila susah gadai..kuikuikui..

Ok malam ms nikah tu ada tragedi kecil.Dah selesai semua akad nikah,Liza tgh makan ngn suami ( dat tme dah sah )..hihiihi...adik suami bg gelang.nak tahu kenapa gelang tu cicir.aduyaiiiii..suami mybe ms tu gabra so time nk lekatkan gelang tu xkuat.tapi suami salahkan liza sbb ganas..hahhaha..Liza cuti kahwin 3mggu,msuk keje Liza xpakai langsung cincin & gelang.takut hilang.lagipun Liza kerja outdoor,xpsl2 hilang plk kt pdang golf.nasib baik la suami phm n xkisah liza xpakai cincin n gelang kahwin...tettttttttttttt

habis sudah alkisah brg kmasku...hihihihi..


::: Tajaan BARANG KEMAS (perasan):::

Habib Jewel


:::: Mas Kahwin & Bekas Cincin ::::



::: Cincin & Gelang :::


Hantaran =)

Assalamualaikum...again....
Sudah baca entry HB liza??Sila komen ya.So,now bab2 hantaran plak.
Kisah kesah hantaran ni banyak sgt.Bila hengat sedih,kecewa pun ada.
Tapi benda dah berlalu,redha hokey..hahhahhahahaha

Untuk hantaran pihak lelaki & perempuan,Kami decided beli sdn bhd.
Yang mana suka,beli je la.Janji suka sama suka..ewahh22 =)
Liza beli lum sum terus.xde pun beli runcit2 tiap2 bulan.
Alhamdullilah ada beberapa brg hantaran kwn2/sedara mara yg sponsor.
(Liza xminta pun ) tapi dorang sendiri nak kasi.huhuhu

Untuk hiasan/gubahan Liza punya part DIY..Bantal sahaja sewa dekat Cikin (Bloogers)...Liza xikut theme caler pun.Belasah shj.jnji cantik dimata ku.
Hantaran ni Liza gubah after nikah bersama cousin n kwn2.Pukul 3 pg baru siap.Dahlah pagi sabtu bersanding.Nasib baik mata xlebam.Liza & dorang2 ni first time gubah,so hasil DIY la..xpe2.bila lagi nk gubah kan kalau bukan time ni.

::: Details my hantaran ( L & P ):::

- 9 dulang vs 11 dulang
- family gubah vs DIY
- Silver vs Colourful

Walaupun Hantaran Liza DIY tu simple tapi Liza puas hati.Liza xsuka gubahan
yang heavy2.Simple tu sgt hokeyyy for me.Lagipun nk pakai sekejap utk tayangan org ramai (tayang ke )hihihi..Tak mahu membebel lebih2,nnti ada menyampah kita layan gambar ye kwn2...

:::: Hantaran Perempuan ke Lelaki (DIY) ::::


:::: Hantaran Lelaki ke Perempuan ( gubahan oleh mak & kakak suami ) ::::



::: Close Up Picture :::





- Untuk alas dulang serta dulang nasib baik biras aka kakak ipar suami ade butik pengantin,so Liza pinjam je 11 set alas/dulang..Bantal tu sgt murah puan cikin kita sewakan..so sgt berbaloi2.Untuk bunga2 fresh tu pun below rm100.so bg Liza oklah kot..hihihih..bunga fresh ni mmg mahal sikit...
Ok wassalam....jumpa lg nexttttt

My HB -nikah,resepsi & bertandang

Assalamualaikum dear

Comform ada yg tido lagi ni.Hari minggu mmg syok bangun lewat.Liza keje!!
Minggu ni Liza duty.Minggu dpn nak cuti,so ambil replacement hari ini.
Tak sbr tunggu 1045am nk balik rumah tercinta.suamiku tggl sorang2.
Suamiku janji nk masak lunch hari ini.Nak merasa air tgn suami.hahaha

Jemputan kenduri dr bloggers ada.Tapi Liza xdpt attend.Tahniah ya kwn2ku.
Semoga kalian berbahgia hgga akhir hayat & dapat menimang cahaya cpt2 =)

Off topik..Ok sepeprti dijanjikan.Liza nak tunjuk HB ( handbouget ) ketiga2
Majlis yg lalu.Syukur i love all my HB.My details HB :-


1. Nikah

* Colour : white,green & turqoise
* Material : Roses Felt
* Price : rm60
* Vendor : my frens
kedaiadik.com

2. Resepsi
* Colour : Colourful
* Material : Fresh Flower ( carnation )
* Price : Free ( Giveaway )
* Vendor : Bloggers
Lyana MK

3. Bertandang
* Colour : Colourful
* Material : Felt & Butterfly
* Price : RM 45
* Vendor : Bloggers
Intan Norazam

::: Handbouget :::







P/S : fINISH...so far Liza suka semua HB..so to all b2b bolehla search
hired vendor2 Liza ni.Pr dorang semua bagus2 tau. =)

Saturday, November 12, 2011

My Pelamin Nikah - DIY

Hiii...

Masa ada time nk update.nk tggu waktu balik kerja 1145..Hujan renyai2.
Bos Cuti.so apa lg on9 la memanjang tanapa gangguan.
Bukan senang nk buat entry sedebub ni.Ni la masanya..
Now entry my dais (nikah)
DIY???yesss itu je mampu bertngkus lumus..kecuali bantal ootoman tu my
Bridal yg kasi.yg lain sdn bhd..
Kos???Kalau ckp kurang RM300 boleh??sbb carpet tu jer dah nk 100..
Yang lain semua murah2..Jom List yg mana Liza ingat ok..

- Cost my mini pelamin -

1. Langsir background : rm 12
2. Bunga2 plastic yg atas border : rm29,90
3. Bunga pasu ranting (4) : rm40
4. Carpet : rm80
5. Bunga hidup : rm 15
6. Rama2 : rm 5
7. Paper lantern : rm 10
8. Pasu bunga : rm20
9. etc;

Total : rm 2++

xsampai pun Rm300..tapi hasilnya simple je la kan..xpe yg penting aku puas
DIY,walaupun biasa je.. =)

Jom layan picca my pelamin yg sgt simple

::: Full picca my pelamin cap ayam :::


::: Bunga fresh yg aku cari kat temple india =P :::



::: Paper Lantern size kecil :::


::: Bunga & rama2 yg dibeli kedai/kilang borong :::



Ok DONE 4 MY PELAMIN CINCAI..hehhhehhee

My Nikah- 21 Oct 2011-9.30mlm

1st entry utk Liza punya nikah..
Alahai...hari jumaat tu mmg Liza fullday buzy.Maklumlah byk yg last
Minit kerja xsiap.Pelamin nikah DIY buat ptg tu juga wif my sister yg
Dah sarat mengandung..Nak buat mcmane kan?belasah je la..Utk mlm nikah
Separuh masak di kg.Kt rumah masak beberapa jenis lauk..Alhamdulillah Pak Ngah Liza sponsor 1 ekor kambing utk kenduri..Yg lain2 Liza nk menu2 kampung..

- Menu for Nikah

* Nasi Putih
* Kari Kambing
* Ikan Patin Masak Tempoyak
* Ikan masin talam goreng
* Sayur campur
* Ulam2 & sambal belacan
* Kuih muih
* Air oren/suam
* Buah2an


Sorry yer gambar utk menu xde pun.Tp syukur menu mlm tu best & cukup utk tetamu yg datang..lega sgt2.

Masa time nikah,kai agak lewat juga sbb tok kadi lewat.Nasib baik la tok kadi ni tok guru abah,so prosedur tu xla complicated sgt.Yg pasti perasaan time tu mmg Liza relaks je..cuma ada 1 part ada la someone ni mengecohkan keadaan tp syukur ok semuanya.kwn2 baik ramai yg dtg,so Liza maintain je time tu..Jom layan picca sikit..hehhehe

:: Majlis Penikahan ::


::: My Mom (Right) & Mom in Law (Left )


::: With My Niece :::



::: With My Frens :::



Ok sekian...next entry..

From single to be a wife...

Asslamualaikum..

Sorry dah lama xbuka blog.buzy sgt2 semua preparation...
Alhamdulillah sudah 22hari kami kawen.Masih mood pengantin baru ok..
Banyak yg kena tulis semula mengenai preps kawen.
Sebelum2 ni entry byk yg cerita2 sedih kan?
Mmg betul Liza byk prob ms nk kawen tu.
Sbb tu Liza sgt down n sgt kurang buka blog.xde mood nk menulis.
Group?Liza byk membaca n memberi komen jika termampu..hehhehe.
Now..Liza dah selamat bernikah.syukur alhamdulillah..
Masalah tu tetap ada sikit2,tp dah ade suami ni mls nk layan..ha3
Mood happy..
So now..Liza nk kembali menulis utk this blog.
Nak share semua ttg kerja kahwin n kehidupan sebagai isteri..
Kepada kwn2 ku yg dh kahwin,Liza nk ucapkan tahniah ya...
Ok..jom teaser sikit gmbr nikah =)



Cantik x??nnti Liza kan cerita details ttg my wedddingg..tunggu

Sunday, October 9, 2011

Rumah - Done

Asslamualaikum & selamat pagi,,

Sunday!!!My turn - duty..Sanggup kerja sbb nk replacemnt punya pasal,Liza syg nk ambil unpaid leave waktu kahwin nanti.So mgumpul cuti2 yg ada.Liza baru je 6 bulan kerja kat sini so cuti cukup2 mkn jer..

Ok 12 days to go.....berdebar2 hati ni.Almaklumlah,tarikh keramat semakin hampir.Oct ni sepatutnya Liza dah tgl kat rumah sewa ( rumah kahwin )tp en risik nk cat dahulu & xkemas lagi.

Alhamdulillah,kami dah dpt rumah sewa iaitu rumah kehidupan selepas kahwin.Mula2 Liza nak cari selpas kahwin & buat sementara waktu tggl rumah sewa skrg tp en risik yg xsempat2 lgpun kakak dia nk bg duit deposit,,so apa lg..xkan nk lepaskan peluang.lagipun mn la kami nk cari 2k+++ utk deposit rumah..

Sekarang Liza tggl rumah bujang di SELAYANG BARU...So nak pergi kerja ke jln tun razak dlm 25-30 minit.Kami dh decided nk cari rumah area Gombak,Bt Caves,Sentul , Setapak...Sbb access ke tmpat kerja Liza & nk balik Phg senang..En risik xpe..walaupun dia kerja di Shah Alam tp monday jer dia report.yg lain2 dia sll outstation..

Finnaly..Kami dpt rumah sewa di SETAPAK JAYA..rumah teres ( 2bilik / 2tgkat )Rumah ni design lama..yela tangga pun kayu.Tapi kami xkisah sbb bahgian bawah tuan rumah dh renovate.Lagipun kami baru je kahwin kan.Inipun dh syukur alhamdulillah dpt rumah bwh walaupun parking susah sikit,Liza xsuka rumah apartment & kondo,sbb mls naik atas & kami berdua ni ade bisnes sikit so sennag la nk angkut brg..

Sewa???RM550..murah kan?sbb kawasan tu price average 650-750..kami dh survey.mula2 tuan rumah nk kasi 600 tp kami buat muka kesian..hahhaha..tuan rumah sbnrnya muda lg baya2 Liza jer..tp dh berjaya..dia contractor mungkin dia xkisah sgt kot.So far selama kami jumpa ok jer..Wife dia muda dr Liza 2thn..Agak kagum juga la dgn tuan rumah ni sbb muda2 dh berjaya.Be4 ni dorang pun tggl kt situ slpas kahwin tp dorang beli rumah lain lagi..so dorang sewakan..

Skrg en risik sibuk cat rumah.UNTUK 1 LAYER..2nd layer xth lg warna ape..Liza xkisah sgt janji cantik..Ok kena pikirkan theme rumah plk..walaupun rumah tu xbesar tp kami suka =) harap2 rumah tu ok & xde gangguan mistik..hahhahhahahhahaha..

Saturday, October 8, 2011

Berdouble2 entry.promise

HI cayank semua. Liza kt Ou ampang.dgn my aunty yg tgh trim rambut.so kita buat ape yg patut.tiba2 liza cuak sbb lg 12 hari je lg.mcm xpercaya.aishhhhh.ade lg yg xsettle ni.betul ke ni.menakutkan. TAkut pun mmg kn tempuh gak kan?Liza sbnrnya xbyk sgt citer psl preps kahwin.mood mmg xde langsung sbb byk gilerdugaan yg kn tempuh.mmg rindu sgtnk menulis.tp apakan daya.kalau nk mgadu lebih lebih kt blog ni takut plk yg myampai.tapi mmg niat dihati nk buat entry byk2 lps kawen.semua yg ttg kahwin liza nk tulis n cerita.mungkin time tu hati dh terbuka nk cerita apa yg ptt. Oklah my aunty dh siap trim rmbut.blk nk tolong dia msk.sbb ade guest nk dtg.:-P

posmen & poswomen

Assalam...
Pagi Sabtu yg indah...
Sibuk org nk beli paper nk tgk belanjawan 2012 smlm.Liza?Malas nk heran..sbb bukan staff gomen..Liza lebih tertumpu bajet 2012 my company..hahahaha..increment & bonus berbulan2 yg penting( xsedar diri baru 6bulan keje)insyallah mggu dpn dh comfom..cukup 6 months probation.

Ok..tarikh dh dekat.Perasaan?Semua ada dlm kepala..Lately buzy sikit dgn profesion baru..iaitu posmen yg xbertauliah.Kad dh diedar kan..Ada yg ada yg kasi byhand.2 mnggu ni dah ada list kemana kami nk tuju.Yg pasti tempat kerja lama.3 padang golf semua dh settle,,bukan apa Liza nk jumpa kwn2 lama tu yg sanggup byhand.

Then.my parents dh infom mn sedara mara yg Liza kn jumpa sendiri wakilkan diorg.Lgpun boleh rapatkan silaturahim jumpa sedaramara.Side KL mak abah mmg amanahkan liza untuk bagi kad,Liza ok je sbb mmg suka jln2.Lagipun bakal en suami kn jadi driver..

Pos?Untuk pos kwn2 sek ren,sek men,uitm...SETEM?90 sen..agak parah,tp dlm hati redha dgn tabah sbb xkan Liza nk pi byhand ke PENANG..KEDAH..JOHOR....hehheehhehee..

Liza ada 2 jenis kad.Hard cover & kad biasa...Untuk kisah kad ni byk la history.Next entry kita gosip ya..Alhamdulillah ada 2-3 org je belum pas kad kawen(byhand)..Utk pos plak..Monday i pos..last batch...hehhehe..ok daaaa nk check course =)


Thursday, September 22, 2011

Tolong sbb duit..bukan tolong sbb ikhlas...





Assalam my lovely friends..
Ok mood nk menulis sgt membuak2..KENAPA?...Orang sekarang mcm2 perangai..
Geram.....sgt geram..Ok liza ada masalah pasal brg2 kahwin Liza..
Ada la hamba Allah ni dgn rela mengofer Liza nk tolong..
Then Liza on je la..Sbb dia pun buat bisnes pasal kahwin ni..
Tunggu punya tunggu lg sebulan nak kahwin..
Liza mmg risau la ni..Dah settle semua..Liza dpt tahu apa yg dia ckp tu semua xserupa bikin..
Yang tu satu hal..Pastu Liza dapat tahu dia ambil kesempatan ..
Yang pasti budget RM200 jadi RM800...GILA..Liza dah la tgh budget negatif..
Mmg terukla...dulu janji lain..tp skrg lain..Adoi nk marah,tak reti nk marah..
Yang Liza xsangka..dia tolong sbb nk ambil keuntungan atas angin..bukan ikhlas..
Bakal pengantin comfomla byk nk guna duit..tapi xsangka dia cekik darah buat mcm tu..
Manusia skrg ni kerana  duit sanggup buat apa shj xberhati perut langsung..Cekik darah je..
Geram nya la Liza..xsangka jd mcm tu..mmg la wang boleh dicari..tp agak2 la nk buat mcm tu
kat bakal2 pengantin..Nak dirikan masjid ni..Tapi menyusahkan..Idiot!!!!!
Sekian!!!!

rindu nk menulis..

Asslamuaikum ya ahli bloggers...
Fuhhhhh..fuhhhh..berswang berabuk,sarang labah2 pun ada..gila dh lama xmenulis..
Ada ke org nk baca blog aku ni..ahaks..gila betik gatai..
Aku bertapa dr kerja kahwin baru2 ni..
Ya ampun byk gila dugaan...ni pun rsa nyer kalau ukur pakai jari 4 inci dr 5 inci mslh xsttle lg..
Dup dap dup dap..
Kalau aku citer kang..mcm poyos je..Tapi mmg pelik tp benar..
Rasa nya buat setakat ni aku xmau citer lg..Insyallah dlm masa terdekat..


Bila jenguk2 di sebelah kiri..Alamak!!!! 28 DAYS TO GO...cuak seketika...AKU nk kawen..tapi takut!!!!!!Ya Allah..please cptkan sttle masalah aku ni..wawawawa..
nak nangis..

AKU xnak jdi pengantin yg menagis waktu majlis n slps majlis..sbb masalah...


Xmau xmau..Muka mcm minah kat atas ni...aku nk muka mcm bwh ni...


Save the Date


* Merisik : 13/9/2010
* Engagement: Maybe No
* Solemization: 21Oct2011
* HerReception:22Oct2011
* HisReception:23Oct2011