Friday, November 19, 2010

Contest!!!!! -Dr Mata Jatuh ke Hati (Butik DinaHalim)

Salam..

Ok td aku ada la intai2 blog Dina Halim Butik kt Rawang..tgk2 dorang ada anjurkan contest utk semua bakal2 pengantin..So,ni la peluang keemasan kpd bakal di luar sn.1st time aku bc entry tu mmg teruja nak join..mn la tau..kan kan?dpt saguhati pun dh Alhamdulillah sbb hadiah2 yg ditawarkan mmg marvelous..

Butik ni plak mmg cantik la design2 n up to date..aku tgk pelamin2/baju2 pengntin pun dh terliur..So, jom la kita memeriahkan contest ni.Mencuba nsb dlm mencoret-coret kisah2 cinta kita.. =)..for more details aku dh copy paste dr blog DinaHalim..ape lg..sila ar baca :

Dina Halim Online Contest - 'Dari Mata Jatuh ke Hati'



Salam,

Atas sambutan yang menggalakkan pada pertandingan yang lepas, pihak Dina Halim Bridal Boutique dengan berbesar hati mengadakan edisi ke -2 pada kali ini. Tarikh menghantar entri adalah pada 20 NOVEMBER 2010. Mana-mana entri yang di hantar awal dari tarikh tersebut, tidak akan di layan sama sekali. Please take note ya. Sebab pertandingan kali ini, ada hadiah misteri bagi entri yang pertama pada blogger yang meninggalkan komen di page ini. Maknanya tak memerlukan markah penjurian. Siapa yang pertama tinggalkan komen pada 20 NOVEMBER 2010, terus dapat hadiah misteri. Best tak?? Hehe..

Ok, macam biasalah, mesti ada syarat-syarat nak masuk pertandingan kan? Jom, baca terms and condition betul-betul :

Banner/ badge yang wajib di letak di blog anda. Dan sila link kami! :)

1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.

6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)

8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN.InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam.HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:


TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil

TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)



TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)


*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

dan

20% DISKAUN ke atas
pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK


**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya ye =) atau message dalam facebook.



P/S: okies my frens..dh phm kan?so renung2kan lah,..& selamat menulis..good luck!

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha




rasa macam baru je sambut hari raya puasa, tup tup dah hari raya aidiladha esok kan..
ramai ke yang cuti hari nie eh?

aku ct 2 hari jer..jumaat dh keje.actually aku nk cuti smpai ahad,maklumlah cuti
thn berlambak2 lg tp tu la.aku ni jns workholic.so mcm xberani nk tgglkan keje ber+
byk prob kt pdg skrg.so kiranya aku korbankan masa/cuti la..korban juga..ahaks.

oppss dh pukul 5, pkl 12 td aku dh chow, tp sbb mls drive blk,tumpang man,aku
kena la tggu die habis keje dulu.mybe mlm br gerak..tik tok tik tok..cptla mlm..xsbr nk blk temerloh ni.nk jumpa my big family kt kg..termasuk la kambing2 wan aku..:)

Okies..time buat wish..............................





selamat hari raya aidiladha buat semua.
mintak maaf zahir batin yerh atas apa dosa melaser mengeji menghanjeng dan perkara yang sewaktu dengannya baik dalam blog nie mau pun berdepan depan.
eh raya aidiladha boleh mintak maaf jugak kan?

dan semoga apa juga pengorbanan yang kita lakukan untuk orang yang kita sayang, kita lakukan dengan keikhlasan dan kerelaan. bukan sebaliknya.

salam aidiladha semua…. :)


xoxo

Monday, November 15, 2010

::: Merisik Day ::

Salam all the readers....

Lambat betol aku update ttg my ''Merisik Day'' Dah nak masuk 2 bulan br terhegeh2 aku coret2 dlm blog ni.Bukan ape, br sekarang aku bersedia nk share dgn kwn2 semuanya.before ni msh malu2 kucing lg.. (uwekkkkksss)

Okies.Actually acara merisik aku ni spontan/agak2 brutal juga ar.Memang xprepare langsung.Sungguh kelakar.
Kami berdua dh lama kenal(9thn++)..lama kan?lau kawen tu ..anak dh 6 agakmya..hahahhaha..Thn ni raya aku cuti lama/sakan.be4 raya tu aku dh ckp ngn man, suruh family pihak lelaki dtg la merisik aku..sbb ayah aku ni dh bising2 tgk man ni asyik bwk ank daranya kehulu hilir.So lbh manis hantar tanda.aku pun phm, ayah mn xsygkan ank..so man ckp insyallah raya nnti dia nk suruh mak n abang die dtg.tp man ckp 50% tau..so sejak dr tu aku xamik port pun..wait n see..

Then, hari raya ke 4 tu pg2 man msg:

'' Syg, cincin saiz brp??? ''Abg kat bandar ngn mak ni..nak beli cincin.."

Aku terkedu kejap...dgn senyum mcm kerang busuk aku reply laju2..

'' Eh jd ke merisik??tak tahula..beli je la..''Bila nk dtg??

Man reply:

'' Mlm ni kot,Insyallah plus nk dtg beraya sekali..''


Aku pun laju2 bgtau mak yg ckp Man & Family nk dtg beraya n merisik..Masa tu dlm pukul 11 tghari..Ptg tu sempat aku pergi beraya ngn kawan2 n ape lg kwn yg 1st akku bgtau..my bff Uya..biasa ar die mmg wajib kena tahu. :P..mmg mcm xpercaya jer..

Mlm tu, pas magrib aku bersiap2..rasanya 3 pasang baju aku try, semuanya xkena..mak pun dh geleng2 kepala..Padahal mak Man aku dh lama kenal..& rumah Man pun xjauh dlm 15mnt je dr rumah aku..Mlm tu kebetulan kwn abah ade dtg.maklumlah raya, mn la tau sape nk dtg xkan nk halau kot..


Pukul 9 mlm , sampailah rombongan family Man.Isk... Man ckp 3 org jer..Tgk2 semua dtg..terkezut gak ar.Dlm 9 org dewasa..aku msk mee kari.nsb baik la byk aku msk.Ayah aku suka la..& berborak2 dgn abg n abg ipar Man..aku mcm biasa uat ayu2 hidangkan air/makanan..ketar beb..rsa jantung ni nk jatuh jer..he3

Dah settle mkn n bincang2, Mak Man bg cincin kat aku..n ckp kat aku.." Kalau xmuat cincin tu, tukarla'' aku pun senyum...YESSS!!!!dalam hati aku berkata2...He3..Dah bye2..antar family MAN balik..laju2 msuk bilik n tgk..OHHH..comel nya cincin...n sarung..X MUAT!!!!..ha3..adeh..kelakar2..

Pakcik aku ckp..( Man tu, bukan nk risik aok..tp akk awk..sbb tu cincin tu kecil" )
Hampeh Piktam..sempt lg buat lawak..mentang2 kakak aku kurus..

Esok Pagi aku keluar ngn Man..N gi kedai emas tukar yg besar cikit..jari aku ni kembang byk,ha3..SUKA HATI..bila tgk cincin kt my jari manis..


Dalam kereta Man ckp.." suka tak cincin tu??Alhmadulillah akhirnya syg dh dirik oleh family abg..""
SWEET SGT...SAYANG MAN!!!!


Okies...CINCIN ni simple je...cukuplah utk merisik kan kan...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




My finger yg hitam tu sila abaikan..ok.. :)





HOPEFULLY KAMI BERDUA MELANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA SATU HARI NANTI..AMIN



------------------Wassalam-------------------------------

Sunday, November 14, 2010

::: Save the Date :::



Salam..oppss dh pukul 11 mlm pun tp aku still lg xtido.xsedar diri,esok dah keje.
Iskkk..ok semua saya happy sgt2.dr td aku tersenyum sorang2 kat rumah.fuhhh nsb baik aku sorang je kat rumah ni lau x,mesti org ingt aku gile..ahaks.

Okiess.SAVE THE DATE means for * Aku nk Kawen! * Bunyi mcm gatal x?ahaks.Alhamdulillah setelah kami berdua diulit2 alam percintaan selama 9thn +++ akhirnya..my love say.."Jom Kite Kawen" VERY VERY THE COMEL ha3.Actly. family MAN ( my bf ) dah merisik raya puasa yg lepas.We all decide xmau tunang..Kawen trs.tp xtau la kalau2 ter tunang plk nnti.Txpe.xkisah la jnji Kami nk KAWEN!!

Pening2 pilih date.Mggu lps, aku dok search2 calendar 2011.Abes semua tarikh aku dok godam.Klau aku x kawen, xde makna laju2 aku sibuk cari kalendar 2011.hahahaha..kawen punya pasal..Now, dh msuk Nov..so aku pikir2 bulan Sept or Oct Nexyear.Aku dh conteng2 date mn sesuai..Tp aku merancang je la..sbb byk lg pihak2 yg perlu aku bgtau..Kedua2 belah pihak.So, aku dh settle n bgtau man..Alhamdulillah..man SETUJU!!!..Cuma we all kn mntak permision dulu..





..INSYALLAH 2011..


OHHHH..Im so happy.Kwn2 doakan ya,korang kan xsbr nk tgk kami berdua kawin.So,doa2kan la perjalanan kami ni.Apapun ni baru permulaan kami.Harap2 semuanya berjalan lancar..AMIN..

Tips Bride-To-Be



MY WEDDING GUIDE

(1) LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Adat Perkahwinan - Berbincang hal-hal perkahwinan dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
*
* Menentukan perbelanjaan
- Yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin
*
* Hantaran – Start beli sikit-sikit ataupun beli masa megasale sekaligus.
*
* Menentukan konsep & lokasi
- hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan yang anda ingini. Majlis di rumah,dewan or taman.
*
* Rujuk direktori - perkhidmatan perkahwinan jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. *seperti di blog saya ni
*
* Mengenalpasti baju pengantin - tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
*
* Mencari rumah – sama ada sewa atau membelinya atau rumah parents.
*
* Kenalpasti Jabatan Agama Islam
- Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

b) Bagi pengantin lelaki:

Wang Hantaran - Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


(2) LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* Kursus Kahwin – *yang aku tau bab ni korg sume mesti lincah kan??
*
* Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
*
* Menempah videografi atau jurufoto - merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
*
* Membeli cincin kahwin
*
* Menu Majlis
- Memasak sendiri atau khidmat katerer. Bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan.
*
* Menyediakan senarai tetamu
yang akan dijemput. *bole estimate berapa org yg akan hadir & utk pembahagian kad
*
* Menempah sekumpulan
pemuzik atau DJ - jika perlu
*
* Confirm – butik andaman, baju, makeup, pelamin
*
* SPA - Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
*
* Honeymoon - Tentukan tempat dan budjet.

(3) TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* Kad Kahwin - Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
*
* Mengesahkan
- Tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
*
* Medical Check-up - Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
*
* SPA lagi - Rawatan intensif muka, badan dan rambut. *harusla byk kali kan..mse kawen kite kan diva..kne nmpk hot…ssss….

b) Bagi pengantin lelaki:

* Reminder to relatives-
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
*
* Rombongan - Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

c) Bagi pengantin perempuan:

* Saksi - Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
*
* Wali - Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

(D) DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* Hantaran – Dah settle and gubahan must in progress
*
* Pengapit & Flower Girl- Tentukan pengapit & flower girl anda, biasenya teman rapat or sedare mara. Jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. *kalau ade budget lebih bole sediakan baju
*
* Hantar Kad – Bole dibuat sebulan sebelum majlis. Tapi 2 bulan sblm tu dah buat sorting kad utk mak ayah punye kawan and kamu punya jemputan
*
* Proses Daftar Nikah - Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. *dah di ajar masa kursus kahwin

(E) TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Pastikan - Pakaian pengantin anda telah siap dan ambil and pastikan size baju betul dan anda telah berpuashati.
*
* Pastikan - Ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
*
* Goodies, cenderamata
– Dah siap dibeli and packing!
*
* Tempat Bersanggah / Bersiap
– Bincang kat mana tempat nak untuk bersanggah atau bersiap ketika majlis kedua pihak.

(F) TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Menghias - Pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
*
* Emergency Needs - Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
*
* Reminder to Guess - Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
*
* Reminder again - Hubungi fotographer, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
*
* Packing 1– Barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
*
* Packing 2– Barang untuk dibawa ke majlis seterusnya kalau majlis di tempat lelaki pada keesokan harinye.
*
* Fresh ur self - Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
*
* Sleeping Beauty - Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

b) Bagi pengantin lelaki:


* Jurucakap
- Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

c) Bagi pengantin perempuan:

* Mak Andam Reminder - Hubungi mak andam anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. *yg berdedikasi biase dtg awal, tp tanya juga berapa org yang akan dtg, sbb biase mak andam bawa ramai org utk training, ada kes kecurian oleh budak2 mak andam nih! awas!
*
* Penyambut Tetamu - Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

(G) PADA HARI PERNIKAHAN:


a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* IC jgn lupa!
- Pastikan anda membawa kad pengenalan dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. *aku gelaboh plus debor2 smpi trtinggal IC kt rumah..
*
* Hantaran – Standby. *kalau nikah kat rumaha bole standby dalam bilik je, tp kalau nikah kat masjid tak perlu bw ke masjid, buat pertukaran di rumah.. sbb tak sesuai buat kat masjid..

b) Bagi pengantin lelaki


* Mas Kahwin
- Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
*
* Duit Hantaran - Pastikan duit (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
*
* Wang Upah - Diberikan kepada tok kadi.
*
* Cincin / gelang tangan / rantai.

*
* Hantaran – Standby dalam kereta and cukup, bole buat pertukaran lepas selesai majlis. *hanya bawa yang perlu ke salam masjib spt Mas kahwin, duit hantaran and cincin/gelang/rantai
*
* Datang Awal - Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
*
* Pastikan saksi & wali ada - pada majlis pernikahan tersebut.
*
* Reminder to tok kadi - diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

(H) PADA HARI MAJLIS PERKAHWINAN:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Breakfast - bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
*
* Cool and Steady - Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum!!

b) Bagi pengantin lelaki:

* Tepati Masa - Pastikan anda datang tepat pada masanya and datang awal dari waktu yang telah ditetapkan.
*

c) Bagi pengantin perempuan:

* Siap Awal - Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

(I) TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:


* Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.



Okeh. Panjang lebar dah ni.. and maybe ade yang i’ve termissed or anything need to add up, u can add in by urself..

as i said before, this is from various sources that i’ve compile thru internet searching and i’ve editted some info lah kan..

so this is only an advice or mcm reminder ape korg perlu buat sebab biase nya kite ni akan gelabah..


Sharing is Caring

Saturday, November 13, 2010

Lirik Lagu + KALAU BERPACARAN

I LOVE THIS SONG..




Kalau Berpacaran [Sohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet ]

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasih mu disambar buaya

Ulang chorus

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga..hahaha

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang chorus



p/s : Renung2 kan la...untuk peringatan utk kami.mereka.semua...he3

Friday, November 12, 2010

+++ Coret Cikit Kerja & Golf +++

:S:T:R:E:E:S:

Dis week tournoment lagi..Sgt Mlas nk handle.
Tp dah nama keje..klau xde keje..mkn gaji buta la aku..he3.STRESS sgt2
bila.machine2 aku semua buat hal.tp kadang2 aku pikir.benda nk jadi.xpe2
sabar ye ALIZA.Kerja under client ni mmg la kn jawab pndai,pysiko skit.So, 2 hari ( sabtu ahad )bersedia la aku nk kena membebel dr golfer2 n client.Aku dh get
ready.hahaha..Condition Weather plak hujan.hujan tu kan rahmat so xbaik
mengeluh..bila la aku nk handle padang golf electronic plak..mcm ni....






taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa






..............
..............
..............





HEBATKAN...SO JOM MAIN GOLF ELECTRONIC LA..best ape.xpyh nk pakai baju golf.seluar golf.kasut golf.tekan je..ha3..
.......

OK esok dan ahad aku kn keja walaupun ahad OD.tp sbb komitmen aku xkisah.alah jenguk2 kejap sudah.tunjuk muka akt client sudah..msuk pukul 6,8.30-9 am balik la umah..sambung rest..he2..i like..sabtu pun half day juga..11am pun dh blh main masak2 kat umh..BYE


::: cONTINUE :::

Salam...preeepssss..

Sekian lama aku x conteng2 dlm blog ni..aku semangat semula
bukan apa, aku tgh mencari2 lg apa yg nak..mudah2an kali ni
dengan azam baru aku start : iaitu:


1. Aku nk share psl life

2. My diari - Bridge to be ?? ( Yahoooo )
Oppssss gatal sudah..

Seperti org2 kata..bukan aku kata..Kita Hanya merancang..tuhan yg
Menentukan..he3


Ok..habiissss...nnti aku sambung balik..kerja sudah menimbun2.kat dpn mata..issskkk

Save the Date


* Merisik : 13/9/2010
* Engagement: Maybe No
* Solemization: 21Oct2011
* HerReception:22Oct2011
* HisReception:23Oct2011