Sunday, November 14, 2010

Tips Bride-To-Be



MY WEDDING GUIDE

(1) LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Adat Perkahwinan - Berbincang hal-hal perkahwinan dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
*
* Menentukan perbelanjaan
- Yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin
*
* Hantaran – Start beli sikit-sikit ataupun beli masa megasale sekaligus.
*
* Menentukan konsep & lokasi
- hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan yang anda ingini. Majlis di rumah,dewan or taman.
*
* Rujuk direktori - perkhidmatan perkahwinan jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. *seperti di blog saya ni
*
* Mengenalpasti baju pengantin - tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
*
* Mencari rumah – sama ada sewa atau membelinya atau rumah parents.
*
* Kenalpasti Jabatan Agama Islam
- Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

b) Bagi pengantin lelaki:

Wang Hantaran - Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


(2) LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* Kursus Kahwin – *yang aku tau bab ni korg sume mesti lincah kan??
*
* Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
*
* Menempah videografi atau jurufoto - merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
*
* Membeli cincin kahwin
*
* Menu Majlis
- Memasak sendiri atau khidmat katerer. Bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan.
*
* Menyediakan senarai tetamu
yang akan dijemput. *bole estimate berapa org yg akan hadir & utk pembahagian kad
*
* Menempah sekumpulan
pemuzik atau DJ - jika perlu
*
* Confirm – butik andaman, baju, makeup, pelamin
*
* SPA - Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
*
* Honeymoon - Tentukan tempat dan budjet.

(3) TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* Kad Kahwin - Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
*
* Mengesahkan
- Tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
*
* Medical Check-up - Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
*
* SPA lagi - Rawatan intensif muka, badan dan rambut. *harusla byk kali kan..mse kawen kite kan diva..kne nmpk hot…ssss….

b) Bagi pengantin lelaki:

* Reminder to relatives-
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
*
* Rombongan - Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

c) Bagi pengantin perempuan:

* Saksi - Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
*
* Wali - Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

(D) DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* Hantaran – Dah settle and gubahan must in progress
*
* Pengapit & Flower Girl- Tentukan pengapit & flower girl anda, biasenya teman rapat or sedare mara. Jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. *kalau ade budget lebih bole sediakan baju
*
* Hantar Kad – Bole dibuat sebulan sebelum majlis. Tapi 2 bulan sblm tu dah buat sorting kad utk mak ayah punye kawan and kamu punya jemputan
*
* Proses Daftar Nikah - Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. *dah di ajar masa kursus kahwin

(E) TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Pastikan - Pakaian pengantin anda telah siap dan ambil and pastikan size baju betul dan anda telah berpuashati.
*
* Pastikan - Ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
*
* Goodies, cenderamata
– Dah siap dibeli and packing!
*
* Tempat Bersanggah / Bersiap
– Bincang kat mana tempat nak untuk bersanggah atau bersiap ketika majlis kedua pihak.

(F) TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Menghias - Pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
*
* Emergency Needs - Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
*
* Reminder to Guess - Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
*
* Reminder again - Hubungi fotographer, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
*
* Packing 1– Barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
*
* Packing 2– Barang untuk dibawa ke majlis seterusnya kalau majlis di tempat lelaki pada keesokan harinye.
*
* Fresh ur self - Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
*
* Sleeping Beauty - Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

b) Bagi pengantin lelaki:


* Jurucakap
- Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

c) Bagi pengantin perempuan:

* Mak Andam Reminder - Hubungi mak andam anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. *yg berdedikasi biase dtg awal, tp tanya juga berapa org yang akan dtg, sbb biase mak andam bawa ramai org utk training, ada kes kecurian oleh budak2 mak andam nih! awas!
*
* Penyambut Tetamu - Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

(G) PADA HARI PERNIKAHAN:


a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


* IC jgn lupa!
- Pastikan anda membawa kad pengenalan dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. *aku gelaboh plus debor2 smpi trtinggal IC kt rumah..
*
* Hantaran – Standby. *kalau nikah kat rumaha bole standby dalam bilik je, tp kalau nikah kat masjid tak perlu bw ke masjid, buat pertukaran di rumah.. sbb tak sesuai buat kat masjid..

b) Bagi pengantin lelaki


* Mas Kahwin
- Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
*
* Duit Hantaran - Pastikan duit (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
*
* Wang Upah - Diberikan kepada tok kadi.
*
* Cincin / gelang tangan / rantai.

*
* Hantaran – Standby dalam kereta and cukup, bole buat pertukaran lepas selesai majlis. *hanya bawa yang perlu ke salam masjib spt Mas kahwin, duit hantaran and cincin/gelang/rantai
*
* Datang Awal - Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
*
* Pastikan saksi & wali ada - pada majlis pernikahan tersebut.
*
* Reminder to tok kadi - diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

(H) PADA HARI MAJLIS PERKAHWINAN:

a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Breakfast - bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
*
* Cool and Steady - Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum!!

b) Bagi pengantin lelaki:

* Tepati Masa - Pastikan anda datang tepat pada masanya and datang awal dari waktu yang telah ditetapkan.
*

c) Bagi pengantin perempuan:

* Siap Awal - Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

(I) TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:


* Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.



Okeh. Panjang lebar dah ni.. and maybe ade yang i’ve termissed or anything need to add up, u can add in by urself..

as i said before, this is from various sources that i’ve compile thru internet searching and i’ve editted some info lah kan..

so this is only an advice or mcm reminder ape korg perlu buat sebab biase nya kite ni akan gelabah..


Sharing is Caring

No comments:

Save the Date


* Merisik : 13/9/2010
* Engagement: Maybe No
* Solemization: 21Oct2011
* HerReception:22Oct2011
* HisReception:23Oct2011