Monday, June 13, 2011

KL Gangster mmg TERBAIK!!

Waktu kerja dah habisss..yipeee, tapi mls nk blk lg sbb nk on9 jap.Lagipun xbuka gerai, en risik outstation to Phg.So boleh rest hari ini =)..Today Monday yg sgt enjoy.This morning ada carnival staff.1st time join with this company,start 9 am.Lebih kurang 90 participants.Liza group MERAH!!

Game best,hadiah best,makanan best..semua best.Yang xbest,ada staff curahkan air kat liza n semburkan tepung.Ok mmg teruk muka/bdn.HE2..Maklumlah budak baru kn dera.So finish sukan terus mandi.Happy sbb dpt voucher JJ rm50 & bekas air yg sgt besar & cute..My Fav kaler - Green =)..

Mukadimah habis..Semalam wekend, activity mcm biasa..watching Movie.KL GANGSTER jd pilihan..OHHH mmg best.suka tgk aksi2 mcm real.& zizan buat kelakar.Xsia2 tgk KL gangster...if compare with KONGSI..liza rasa lg best!!
Mlm ni tgk kali ke2..sbb housemate ajak..=)

Sinopsis

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”




9 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Ade mcm nk tgk smlm tp timing tak kena. Filem ni la hari pertama tayangan dah dpt RM1.5 juta kan? bertambah kayalah syamsul.

LisaLisut said...

jom ngorat syamsul.sbb dia dh kaya haha

tiramisu said...

tira pon dah tgk mlm tadi... terbaek!!! zizan = abg long dil! haha...

liyana said...

ramai yg ckp best ni.. tp xtau la bile nk tgk.. sob..sobb..

LittleSunshine said...

kasut pink: ohyae xsure plk..tp mmg kaya la dia kalau mcm tu,,muda2 dh masyukk =)

lisalisut: kita antr propos sbb dia kan sngle..he3..

tiramisu: hu2...xlama lg jd ayahanda dil..nangis bila time zizan kn pisau tu...isk2

liyana: dont worry xsmpai 1 week br tYng n box office astro kan ade =)

farahfatihah said...

ala tak tgk lagi =(

~ mizzAmy ~ said...

tak tengok2 pun lagi tp surely akan pergi tgk nanti. insya-Allah this weekend.

LittleSunshine said...

farahfatihah: today kan cuti..bolehla watching with hubby =)

mizzamy:this wekend still boleh tgk..comform best

anaztasias nora aira said...

xaci...nora tak tgk lg huhu

Save the Date


* Merisik : 13/9/2010
* Engagement: Maybe No
* Solemization: 21Oct2011
* HerReception:22Oct2011
* HisReception:23Oct2011