Wednesday, December 15, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest ' Dari Mata Jatuh Ke Hati '

Ehem2...Oppsss.Bg salam dulu..Assalamualaikum wbt to all bloggers..

Ok.Entry kali ni ttg mcmana percintaan kami berdua bermula.Ala2 siri bongkar kisah lama la ni.Sebenarnya, aku nak mencuba nasib untuk contest yg dianjurkan oleh Kak Dinafrom Dina Halim Bridal Boutique.Before ni Liza dah post ttg contest ni cuma belum bersedia hendak menulis,maklumlah Liza ada masalah dgn penulisan =). More details kalian semua boleh la Klik di sini ya.. & Dina Halim

:: 2001 ( 9 tahun yang lalu )::

Pada masa tu, Aku form 5, Man plak form 3, tapi kami belajar di sekolah yang sama & masing2 dengan perwatakan yang sgt berbeza. Sama2 popular dikalangan guru2 sebab??? Aku merupakan pengawas sekolah & memegang banyak jawatan2 penting manakala Man plak,kategori pelajar nakal =)

Setiap hari, aku datang awal ke sekolah sebab abah yang hantar, so kenala ikut time abah pergi kerja.Blok kelas aku pula kena melalui depan tandas lelaki & nak jadikan cerita, Man & geng2nya selalu lepak merokok pagi2 kat tandas lelaki tu.Aissshh Form 3 dah pandai hisap rokok =( .So, Man ni dlm diam2 dia selau perhatikan aku dan setiap kali lalu jalan tu & aku plak ala2 kontol ayu.he3.kebetulan, aku classmate dgn abg Man ( Amry ) & mmg time tu aku mmg rapat ngan abg Man.

21 April 2001 ( 4.30pm )

Aku ingat lagi tarikh ni,sbb ni la 1st time time Man memberanikan diri tel rumah aku.
Soalan pertama dari Man " Boleh Kita Berkawan ?" Aku gelak2 yela tiba2 jer tnya soalan mcm tu.Man bgtau yg dia ambil no tel ni dr abgnya.Aku jenis xkisah hendak berkawan sbb aku ni jenis friendly & pada masa yg sama aku tengah bengang dgn seorang lelaki.

Masuk seminggu kami berkawan dlm telefon, Man ajak kami berjumpa kat luar. 1 May 2001 ( Hari Pekerja ) Mula2 aku menolak sebab aku tak pernah keluar dengan lelaki, kebetulan hari tu juga aku ada tuisyen kat bandar so aku pun cakap ok.Mlm be4 kami berjanji nk jumpa tu, abg Man ( Amry ) call aku & tnya aku nk keluar ngan sapa esok.Aku pun mls la nk bgtau.Sbb Man suruh rahsia.Last2 Amry gelak2 & bgtau nk kuar ngan adik aku ya??Sbb Man dari tadi sibuk iron baju & cari kasut.Excited nk keluar esok..Dlm hati aku..semangat gila Man nk jumpa aku.. he3.

1 May 2001

Kami berjanji kat Restoran Happy Fried Chicken..Alamak malunya, kami ber2 terpakai baju belang2.Aku caler dark blue,Man Merah.Aduhai..aku xberjanji pun nk pakai design jalur2.Yela masa tu kan kategori budak sekolah lagi.So, macam gedix sgt,nak machine baju..he3.Dan hari tu juga Man ajak couple.Aku pun dgn xpikir panjang malu2 cakap ya.Sebab masa tu aku ada agenda lain.Start dari tu kami menulis surat,bergayut tel berjam2( yela masa tu zaman it kurang ) & rahsikan perhubungan dari kawan2.

July 2001,kami sama mengikuti rombongan sekolah ke Cameron Higlands.Tapi aku berjalan2 dengan group2 batch aku, so kami jeling2 la dari jauh.Maklumlah kategori Cinta Terlarang - Junior & Senior..he3.Perjalanan pulang ke Pahang, episod yang Man xdpat lupakan sbb Aku dgn selamba nya bermesra dgn lelaki lain.Dalam bas tersebut,seorang kawan lelaki aku duduk sebelah & sembang2 dengan aku.Memang patutla Man bengang, sebab aku ni buat mcm dia tak wujud.Sampai rumah,Man terus telefon aku dan kecewa sangat dengan apa yang aku lakukan.Aku terharu sebab Man menangis & aku xsanggup berahsia lagi, aku bgtau cerita yg sebenarnya yang aku hanya mempermainkan dia sbb aku tak percaya pada lelaki.Kerana dendam aku pada lelaki, Man yg menjadi mangsa aku.Tp aku rasa bersalah & terharu dengan sikap Man yg betul2 jujur dgn aku.Seorang lelaki mengalirkan airmata utkku.Ishhh..Sejak hari tu,Man sgt kecewa & xcontact aku langsung.

2 Minggu Kemudian

Man telefon aku & suruh lupakan apa yg berlaku.Sebab selama 2 minggu, Man nak tenangkan diri & cuba memaafkan diriku.Aku minta maaf & rasa menyesal sangat.Sejak dari tu kami teruskan hubungan & heboh 1 sekolah kami bercinta.Macam2 la dugaan sebab Man ramai sgt peminat.Memang aku memerlukan kesabaran masa tu, dengan exam SPM yg bakal menjelma.Aku ingat lagi, atas meja makmal sekolah, peminat Man mencarut2 nama aku & mengutuk sebab aku couple dengan pelajar form 3.Manakala, adik lelaki aku juga 1 batch dengan Man & tak dapat terima dengan apa yg aku buat ni tp lama2 adik aku paham.Aku xkisah, sbb aku yg memilih jalan ni,so aku kena terima cacian dari ramai pihak.Nasib baik kawan2 aku memberi sokongan & abg Man ( Amry ) pun xkisah aku jalinkan hubungan dengan adiknya.

Alhamdulillah, dr zaman sekolah menengah, zaman belajar & zaman bekerja,kami melalui saat bersama2.9 Tahun +++++ usia kami berkenalan,berkawan,bersama2.Memang penuh onar & duri kami berdua kongsi bersama.Seperti pepatah melayu sebut ''Kalau dah Jodoh tak kemana " Itulah yg kami harapkan.Insyallah, Oct 2011 Kami akan mendirikan rumahtangga & doakan la kami berdua berbahgia selama-lamanya.Amin.Itulah cerita dimana bermulanya percintaan kami berdua.. ::: Dari Mata Jatuh Ke Hati :::


::::: Ini Gambar 1st Kami ambil bersama2.Time ni aku baru balik dari Library kat
bandar. Aku Form 5 & Man Form 3 :::::





p/s: Gambar ni aku edit jadi hitam putih seperti syarat2 Kak Dina & Aku cerahkan sikit..he3


::::Pelamin Mini By DHBB :::::



Pelamin mini yang ni aku sangat suka!!!......Why??
Sebab ala2 Garden.Combination colour pun nice.Sesuai untuk Majlis pertunangan & nikah.Theme my wedding nanti memang nak buat Garden Wedding, If Pelamin mini design macam ni.Comfom la Suka...Dark Pink, Orange,White..Sangkar2 & Pasu bunga yang sangat cute.Adushhhh...sgt teruja kalau pelamin mini ni wujud didepan mataku... =)




DONE!!!!

8 comments:

Unknown said...

hai..nice entry..sama la i pun knal my fiance sejak skool lg..hehe..i pun join contest ni...jom tukar2 link jgk..:)

Ajwedding said...

ooo..sma la kite bercinta dr zaman2 scool..he3..ok nnti i link u

Unknown said...

Salam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

:)

Ajwedding said...

szakif= thanks ya baca i punya blog yg xseberapa ni..thanks you

Unknown said...

pelamin yg u pilih tu mcm pelamin i tunang dulu..hehehe..nice kan?:)

Ajwedding said...

adilla: yup...i suka sgt,,simple tp cantik jer..mmg sesuai utk tunag or nikah...ada english syle ckit..he3

Dina Halim Bridal Boutique said...

:) thanx for participating ya..

Ajwedding said...

welcome =)

Save the Date


* Merisik : 13/9/2010
* Engagement: Maybe No
* Solemization: 21Oct2011
* HerReception:22Oct2011
* HisReception:23Oct2011